What is manja?
Manja bagi aku banyak maksud. Apa maksud
manja bagi korang lak? Perilaku manja akan dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Mungkin seseorang itu tidak menunjukkan watak manja-nya tetapi pasti ada manja
itu pada seseorang.
Contoh:
Anak bermanja kepada ibu bapa. Ibu bapa
menyayangi anak dengan sepenuh hati dan tidak berbelah bagi. Mereka menjaga anak-naka
mereka dan memenuhi semua kehendak anak-anaknya. Baik yang besar atau pun yang
kecil. Tiada beza bagi mereka. Tapi
sedih seorang anak yang terlampau manja tidak dapat hidup berdikari atau pijak
kepala ibu bapa mereka sendiri. Sedih.
Manja juga selalu dikaitan perilaku
perempuan. Perempuan selalu dikenali sebagai manusia yang berjiwa lembut,
perwatakan sopan santun malahan manja. Perempuan dilahirkan dengan jiwa sensitif
dan malahan perempuan yang sangat manja juga mempunyai perwatakan yang selalu
digelar lelaki sebagai ‘gedik’ Tapi
lelaki suka perempuan manja. Mungkin mereka memanggil seseorag perempuan itu
gedik kerana terlampau ego untuk mengakui perempuan manja itu mereka suka
ataupun ada maksud sebaliknya. Bahkan
seorang suami suka jika isterinya itu bermanja dengannya, bergantung dengannya.
Itu membuatkan mereka berasa lebih berguna buat teman dunia akhirat itu.
Manja juga ada dalam diri seorang lelaki.
Seperti biasa lelaki mempunyai ego untuk menunjukkan sifat manjanya itu. Seorang lelaki juga manja pada ibunya dan keras
depan kawan-kawannya.Ibu yang
memanjakan anak lelakinya itu membuat anak itu sebagai anak emas. Apabila anak
lelaki emas itu pulang, dia memasakkn makanan kegemarannya dan di layan seperti
anak raja mungkin. Malahan ada kala anak emas ini tidak pernah disuruh buat
kerja bahkan mereka ada nama timangan daripada ibunya.
Like ‘baby’ ( sound
funny but it happen)
Manja adalah satu perilaku manja yang
selalu berlaku pada semua orang. Anak, ibu bapa, ahli keluarga, lelaki atau
perempuan. Sekasar mana seseorang itu
pasti ada lembut dihatinya, ada juga manjanya yang disembunyi atau disimpan
untuk seseorang.
p/s: i
know you manja.
No comments:
Post a Comment