Ragam.

Hidup aku begitu mudah. aku bersyukur. aku gembira. Tapi hairan. Aku cukup hairan. Tapi mereka berkata itulah ragam manusia. Ya. aku tahu ragam manusia. Tapi aku tetap tidak mahu menerima jawapan 'ragam manusia'. Aku ingin tahu. Apakah masalah mereka? Mengapakah mereka bersikap demikian. Aku hanya ingin tahu walaupun hanya aku yang tahu. Aku tidak suruh mereka mengaku mereka bersikap begitu. Aku cuma ingin tahu. Aku rasa mereka tahu. Cuma tidak mahu mengaku atau pura-pura tidak mahu tahu. Aku cukup berani untuk tahu untuk mengaku. Kau?

berkelahi cara melayu, menikam dengan pantun, menyanggah dalam senyum,marahnya dalam tertawa, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak.

Berdamailah cara melayu, silaraturahim yang murni, dimulut sama dihati, maaf sentiasa bersahut, tangan dihulur bersambut, luka pun tidak lagi berparut.  (Usman Awang, 1988)


A blessing of being close is to know that someone cares about you: care what you do and what happen to you. But caring also means interference and disapproval. 

p/s: Kau fikirlah sendiri. 

No comments:

Post a Comment