Pada hakikatnya, orang yang suara lantang bersuara kadang-kala menyesal dengan kata-kata mereka. Mereka memilih untuk melontarkan kata hati tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Janji puas hati dan lega. Kerana sikap itu, kadang-kala mereka ini berharap untuk orang lebih senyap dan berdiam diri. Tapi manusia sukar berubah dan mengambil masa yang lama untuk melakukan perubahan itu.
Si diam pula berharap mampu untuk melontarkan isi hatinya kerna tidak mampu menyakiti hati orng lain lalu menyakiti hati sendiri. Mungkin ada orang daripada gologan ini telah diambil kesempatan dan telah dipergunakan untuk kebaikan diri sendiri sahaja.
Suara adalah satu benda yang tidak dapat di pegang namun mampu mencederakan orang lain. Meninggikan suara adalah amalan jahilliyah dan itu menunjukkan kebodohan seseorang itu.
Firman Allah S.W.T
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara Nabi..."
(Al-Hujurat:2)
Senang citer pandai-pandai r gunakan suara kamu kepada orang lain dan biarlah berpada-pada.
No comments:
Post a Comment