mengubah atau diubah?

hari ini aku terima berita yang amat mengejutkan aku dan juga buat aku bersedeih. sehingga aku tekad untuk mengubah orang itu. Lalu aku diperdengarkan satu al-kisah:

ada seorang hamba Allah s.w.t yang mempunyai impian untuk mengubah dunia kerana dunia hari ini penuh dengan kejahilan. Dia mempelajari semua ilmu dunia dan akhirat bagi memenuhi ilmi di dadanya.

Dia cuba mengubah dunia malangnya dunia tidak tunduk padanya.
Dia cuba mengubah negaranya, rakyat semua menentangnya.
Dia cuba pula untuk mengubah negerinya, malangnya tidak berjaya.
Dia mengambil keputusan untuk kembali ke masyarakatnya tetapi dia tetap juga tidak berjaya untuk mengubah masyarakatnya.

Dia berasa hairan lalu berjumpa dengan seorang ulamak terkenal di negerinya. Dia bertanya pada ulamak itu,
"Tidak berjaya aku untuk mengubah masyarakat, negeri, negara apatahh lagi dunia ini, mengapa?. Niat aku hanya ingin berdakwah."

Ulamak itu berkata" kamu terlalu ghairah untuk mengubah dunia dan benda sekeliling kamu sehingga mengabaikan benda yang palin penting. Kamu harus belaja untuk mengubah diri kamu itu dahulu."

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.

p/s: semua orang tidak sempurna, bawalah diri anda ke jalan yang betul. btw, thanx for the bed time story~